Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pemenang bertuah menang penginapan Rizqun

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 APRIL – Menjelang minggu-minggu akhir bulan Ramadan, penyertaan cabutan bertuah mingguan anjuran Rizqun Coffee House (RCH) telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

    Pemenang cabutan untuk minggu ini Awang Wajdi, A.J dan Hajah Janah telah dipilih secara rawak oleh pengunjung yang berbuka puasa di RCH.

    Pelanggan-pelanggan bertuah tersebut masing-masing memenangi penginapan dua hari satu malam bilik deluxe di Hotel Antarabangsa Rizqun.

    Menurut wakil RCH, bagi pemenang cabutan tiket penerbangan umrah untuk dua orang akan diumumkan nanti oleh pihak pengurusan Rizqun.

    RCH telah menjadi tempat kegemaran pengunjung yang mencari hidangan tempatan dan antarabangsa yang meluas, di mana pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tausyeh. Terdapat juga kemudahan surau yang disediakan bagi pengunjung menunaikan solat.

    ATAS & BAWAH : Penyertaan cabutan bertuah mingguan RCH kini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda