PARIS, 1 NOV – Polis Perancis telah membuat dua penangkapan baharu dalam siasatan terhadap serangan ke atas sebuah gereja di bandar selatan Nice yang membunuh tiga orang, ketika pihak berkuasa berusaha memahami profil suspek pembunuh, menurut sumber mahkamah semalam.
Pihak berkuasa kini menahan seramai enam orang untuk disoal siasat serta memahami sama ada mereka berkaitan dengan warga Tunisia, Brahim Issaoui yang melakukan serangan pisau pada Khamis lalu di Gereja Notre-Dame.
Setakat ini masih belum jelas sama ada dia mendapat bantuan luar untuk serangan itu, yang digambarkan oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron sebagai tindakan keganasan dan merupakan serangan terbaharu dari serangan dalam beberapa minggu terakhir di Perancis.
Suspek yang ditahan kelmarin adalah dalam lingkungan usia 25 dan 63 tahun di kediaman seorang individu yang ditahan awal hari ini, kata sumber kehakiman kepada AFP, meminta untuk tidak disebutkan namanya.
Tiga yang lain ditahan lebih awal kerana disyaki mempunyai kaitan dengan Issaoui, masih lagi dalam tahanan. Issaoui ditembak oleh polis beberapa kali dan kini dalam keadaan kritikal di hospital.

Penyiasat tidak dapat menyoalnya dan motifnya masih belum jelas.
“Masih terlalu awal untuk mengatakan jika ada orang lain yang terlibat, apa motifnya ketika datang ke Perancis dan kenapa idea ini berakar,” sumber lain yang dekat dengan siasatan yang meminta untuk tidak disebutkan namanya itu mengatakan semalam.
Sumber itu mengatakan bahawa maklumat dari dua telefon miliknya dan juga daripada siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa Tunisia.
Penyiasat percaya Issaoui melakukan perjalanan secara haram ke Eropah melalui pulau Lampedusa di Mediterranean di Itali pada 20 September.
Dia tiba di pelabuhan Itali, Bari pada 9 Oktober sebelum datang ke Nice hanya dua hari sebelum serangan. – AFP