Sunday, June 23, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Dua pendaki Jepun yang hilang ditemui di utara Pakistan

    PAKISTAN, 14 JUN – Dua pendaki Jepun yang hilang ditemui oleh helikopter kelmarin di utara pergunungan Pakistan, rumah kepada beberapa puncak tertinggi di dunia, tetapi keadaan mereka masih tidak diketahui, kata seorang pengendali pelancongan.

    Pendaki Jepun, Ryuseki Hiraoka dan Atsushi Taguchi cuba mendaki gunung Spantik setinggi 7,027 meter di banjaran Karakoram sebelum dilaporkan hilang.

    “Para penyelamat melihat para pendaki dan mengenal pasti mereka melalui pakaian mereka, tetapi mereka tidak dapat menentukan keadaan mereka,” kata Naiknam Karim.

    Ketua Pegawai Eksekutif Adventure Tours Pakistan (ATP) yang mengatur lawatan itu kepada AFP.

    Kedua-dua pendaki itu dilihat semasa pencarian helikopter tentera kelmarin, tetapi pencarian tersebut terpaksa dihentikan kerana keadaan cuaca yang buruk.

    “Tiada komunikasi antara kedua-dua pendaki Jepun dan pegawai di kem asas sejak mereka memulakan ekspedisi,” kata Karim sebelum ini.

    “Mereka kali terakhir dilihat pada 10 Jun lalu di atas ketinggian 5,000 meter.”

    Pasukan pendaki Jepun yang lain mengeluarkan amaran pada Selasa selepas tiba di Kem 2, kira-kira 5,650 meter, di mana Hiraoka dan Taguchi dijadualkan berada. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia bantu tingkat kesediaan penyakit serantau

    CANBERRA, 21 JUN – Agensi sains kebangsaan Australia akan membantu negara-negara di Pasifik dan Asia Tenggara agar lebih bersedia menghadapi wabak penyakit, umum kerajaan...