ROM, 27 DIS – Mayat dua pendaki Itali ditemukan di Gunung Gran Sasso, Itali, lima hari selepas mereka hilang semasa satu ekspedisi, menurut pasukan penyelamat.
Pasukan penyelamat yang menggunakan helikopter berjaya sampai ke lokasi hari ini, di mana kedua-dua lelaki itu hilang di wilayah Abruzzo, tengah Itali.
Kawasan itu merupakan kawasan berbatu dan bersalji. Operasi menyelamat dihambat oleh keadaan cuaca yang buruk, dengan angin kencang dan risiko tinggi tanah runtuh.
Kedua-dua mangsa tersebut sedang mendaki Gran Sasso pada Ahad lalu apabila mereka tergelincir ke dalam jurang dan terputus hubungan antara satu sama lain, lapor media Itali. – AP