Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pendatang maut semasa angin kencang

    ATHENS, 10 JAN – Dua pendatang maut dan lapan diselamatkan di Greece hari ini selepas sebuah bot merempuh batu dalam angin kencang di pulau Lesbos, kata pihak berkuasa tempatan.

    Kejadian itu berlaku berhampiran bandar peranginan Thermi di sebelah timur pulau itu, menghadap pantai Turki yang berdekatan.

    Pihak berkuasa berkata pencarian telah dilancarkan untuk orang lain yang dipercayai berada di atas bot tetapi masih tidak jelas berapa banyak yang berjaya ke darat.

    Angin kencang mengganggu lalu lintas feri di banyak bahagian Greece Rabu.

    Lesbos kekal sebagai titik transit untuk penghijrahan haram ke Kesatuan Eropah (EU) walaupun rondaan ketat oleh pengawal pantai Greece dan agensi perlindungan sempadan EU.- AP

    Pengawal pantai mengusung mayat pendatang haram yang maut selepas angin kencang di pulau Lesbos.- AP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda