Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua penduduk Palestin terkorban

    BANDAR GAZA, 18 Sept – Dua penduduk Palestin terbunuh dalam satu serangan udara Israel di sempadan Gaza yang dikuasai Hamas, kata kementerian kesihatan awal pagi ini.

    Israel mendakwa, mereka menanam sesuatu yang mencurigakan bersebelahan pagar sempadan.

    Seorang jurucakap kementerian berkata mayat mangsa sudah dibawa ke hospital di selatan Gaza selepas serangan pada jam 11 malam semalam. Dia bagaimanapun tidak mengesahkan identiti mangsa.

    “Pengganas dengan curiganya menghampiri pagar keselamatan di selatan Semenanjung Gaza dan meletakkan objek bersebelahan dengan pagar.

    Sebagai tindak balas, pesawat perang (Israel) menembak ke arah mereka,” kata kenyataan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda