Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pengawal keselamatan ditahan curi kabel TM di Labuan

    LABUAN, 7 OGOS – Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) bernilai RM10,000 di stesen pendaratan kabel Kampung Tanjung Aru pada 31 Julai lepas.

    Ketua Polis Labuan, Supt Mohd Hamizi Halim berkata penahanan dua lelaki berumur 25 dan 27 tahun itu dilakukan semasa operasi Op Lusuh.

    “Kabel terbabit dilaporkan hilang pada 30 Julai. Dua suspek bekerja sebagai pengawal

    Beliau berkata siasatan lanjut mendapati kabel yang dicuri itu dijual kepada perniagaan besi buruk berdasarkan resit yang dijumpai dan dua lelaki terbabit turut positif dadah jenis methamphetamine. “Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Kanun Keseksaan,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda