Oleh Sim Y.H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Dua penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sungai Seria, Lebuh raya Seria-Belait berdekatan STKRJ Lorong Tiga Selatan (hala Seria) dan Pusing Keliling Manggis, Jalan Muara akan dilaksanakan pada 17 hingga 20 Julai ini dari jam 9 pagi hingga 4 petang.
Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya memaklumkan bahawa kedua-dua penutupan separuh jalan di jambatan dan pusing keliling itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu, orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.



