Saturday, March 1, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua penyelam Rusia ditemui mati di pusat skuba Filipina

    MANILA, 28 FEB – Dua penyelam Rusia ditemui mati, seorang ditelan jerung, selepas arus deras memisahkannya daripada kumpulan mereka di pusat skuba Filipina, kata seorang pegawai pengawal pantai hari ini.

    Empat lelaki warga Rusia berusia 18 hingga 57 tahun sedang menyelam kelmarin berhampiran kawasan peranginan Batangas di pulau utama Luzon apabila mereka dan ketua penyelam terpisah oleh arus, Ketua Pengawal Pantai Daerah, Airland Lapitan berkata kepada AFP.

    Sementara tiga daripada kumpulan itu dapat naik dan kembali ke bot, yang lain ditemui oleh penyelamat beberapa jam kemudian, kata Lapitan, sambil menambah lelaki pertama yang ditemui disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital tempatan.

    “Seorang lagi ditemui kira-kira jam 4 hingga 5:30 dan diselamatkan sekitar 5 hingga 6 petang,” katanya. “Apabila pasukan penyelamat menemuinya, dia diseret oleh seekor jerung. Dia akhirnya berjaya diselamatkan akan tetapi lengannya terputus.” – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda