Sunday, March 16, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua penyerang maut dalam letupan kereta

    KABUL, 2 DIS – Tiga orang militan tidak dikenal pasti meletupkan sebuah kereta hari ini dan cuba menyerbu ibu pejabat parti Afghan yang diketuai ahli politik veteran, Gulbuddin Hekmatyar, kata pegawai.

    Ghairat Baheer, pegawai parti Hizb-e-Islami, memberitahu AFP dua orang penyerang terbunuh ketika mereka cuba memasuki bangunan Kabul – yang juga menempatkan sebuah masjid – dan yang ketiga berjaya melepaskan diri.

    “Kereta meletup di luar, namun tidak adanya kerosakan besar,” katanya.

    Pegawai berkata Hekmatyar – ahli politik yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 1990 – berada di dalam bangunan pada masa itu, tetapi tidak mengalami kecederaan.

    Obaidullah Muddabir, pegawai polis kanan, mengesahkan dua orang penyerang telah terbunuh, namun berkata beliau percaya penyerang ketiga telah ditangkap.

    “Saya berada di luar perkarangan, situasi adalah terkawal,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda