Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pertiga jerung, pari bakal pupus

    PARIS, 18 JAN – Hampir dua pertiga daripada jerung dan pari yang hidup di antara terumbu karang di dunia diancam kepupusan, menurut penyelidikan terkini yang diterbitkan baru-baru ini.

    Terumbu karang, yang menjadi tempat perlindungan sekurang-kurangnya satu perempat daripada semua haiwan dan tumbuhan marin, sangat terancam oleh perbuatan manusia, termasuk penangkapan ikan berlebihan, pencemaran dan perubahan iklim.

    “Spesies jerung dan pari, daripada pemangsa tertinggi kepada haiwan dasar laut memainkan peranan penting dalam ekosistem sensitif ini yang tidak boleh diisi oleh spesies lain,” kata Samantha Sherman, dari Universiti Simon Fraser di Kanada dan kumpulan hidupan liar, TRAFFIC International.

    Tetapi haiwan-haiwan tersebut berada dalam ancaman besar di seluruh dunia, menurut kajian dalam jurnal Nature Communications, yang menilai data kerentanan kepupusan daripada Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) untuk mengkaji 134 spesies jerung dan pari yang dikaitkan dengan terumbu karang.

    Penulis mendapati 59 peratus spesies jerung dan pari terumbu karang terancam kepupusan, risiko kepupusan hampir dua kali ganda daripada jerung dan pari biasa.

    Antaranya, lima spesies jerung disenaraikan sebagai terancam kritikal, serta sembilan spesies pari yang kesemuanya dipanggil ‘rhino rays’ yang lebih kelihatan seperti jerung berbanding ikan pari. – AFP

    Jerung Whitetip sedang berehat di sekitar terumbu karang. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda