Sunday, May 11, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pesakit COVID-19 meninggal dunia

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Dua lagi kes yang disahkan positif COVID-19 di Negara Brunei Darussalam telah kembali ke rahmatullah, pada hari ini.

    Kes pertama ialah seorang lelaki berumur 57 tahun yang merupakan Kes 500 dan kes kedua ialah seorang lelaki berumur 46 tahun yang merupakan Kes 6997, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar memaklumkan semasa sidang media harian di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Kedua-dua kes ini dikategorikan sebagai kematian disebabkan oleh COVID-19,” jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan lagi.

    Oleh yang demikian, secara keseluruhannya Negara Brunei Darussalam kini telah mencatatkan 32 kes kematian disebabkan oleh COVID-19.

    Di kesempatan itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga kes-kes berkenaan.

    “Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para-para solihin. Al-Fatihah,” ujar beliau.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda