Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pesakit COVID-19 pulih di UAE

    ABU DHABI, 28 FEB – Kementerian Kesihatan dan Pencegahan, MoHAP Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata dua pesakit COVID-19 telah pulih manakala enam lagi kes baharu disahkan, lapor Agensi Berita Emiriah Arab Bersatu WAM.

    Pengumuman itu menjadikan UAE kini mencatatkan 19 kes, lima telah pulih.

    Kedua-dua pesakit warga China itu masing-masing berusia 36 dan 37 tahun.

    Enam kes baharu yang disahkan membabitkan empat warga Iran, masing-masing seorang China dan Bahrain, kata MoHAP dalam satu kenyataan. Seramai 28 orang yang pernah berhubung rapat dengan pesakit lain sebelum ini telah menjalani pemeriksaan perubatan mengikut garis panduan ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

    Sehubungan itu juga UAE telah mengambil pelbagai pendekatan dan langkah pencegahan untuk mencegah penularan wabak.

    Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Majlis Sukan Abu Dhabi berkata pihaknya membatalkan baki pusingan Jelajah UAE 2020 selepas dua peserta Itali didapati positif COVID-19.

    “Keputusan itu diambil bagi melindungi semua peserta perlumbaan,” kata majlis tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda