Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pesawat ringan bertembung di udara, tiga maut

    SYDNEY, 27 OKT – Tiga lelaki maut selepas dua pesawat ringan bertembung di udara dan terhempas ke kawasan hutan di barat daya Sydney, kelmarin.

    Pasukan polis, bomba dan ambulans Australia tiba di dua lokasi kejadian, yang terletak di kawasan belukar kira-kira 89 kilometer dari barat daya Sydney, dengan berjalan kaki.

    Sebuah pesawat telah terbakar akibat kejadian tersebut.

    Pemangku Superintendan Polis New South Wales (NWS), Timothy Calman mengesahkan sebuah Cessna 182 yang membawa dua orang penumpang bertembung dengan sebuah pesawat ringan dari lapangan terbang berhampiran yang membawa seorang penumpang.

    Butiran lanjut mengenai mangsa belum didedahkan.

    “Saksi melihat serpihan jatuh dari langit dan cuba membantu, akan tetapi tidak banyak yang mampu dilakukan,” kata Calman kepada Australian Broadcasting Corporation.

    Dia menyatakan kedua-dua nahas yang mempunyai jarak kira-kira satu kilometer, tidak dapat diselamatkan.

    Inspektor Ambulans NSW, Joseph Ibrahim, sebahagian daripada pasukan tindak balas kecemasan, berkata kepada ABC, tidak ada apa yang boleh dilakukan mereka.

    Punca nahas sedang disiasat oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia. – AFP

    Polis dan bomba berdiri berhampiran tempat kejadian selepas dua pesawat ringan bertembung di udara dan terhempas ke kawasan hutan di barat daya Sydney. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda