Oleh Faridah Haji Ibrahim
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Dis – Kepulangan dua peserta Brunei yang telah menyertai Dangdut Academy Asia 3 tahun 2017 (DAA3) di Jakarta, Indonesia, telah disambut meriah oleh para peminat dan keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, baru-baru ini.
Dua peserta berkenaan ialah Awang Mohd Hidayatullah bin Mohd Junaini dan Awangku Faiz Mohd bin Pengiran Haji Ismail yang turut diiringi oleh Raja Dangdut Brunei, Pengiran Haji Ismail, Pengiran Normah Pengiran Haji Petra dan Awang Reduan bin Haji Hussin serta wakil Octove sebagai pendamping peserta-peserta Brunei.
Turut hadir menyambut kepulangan rombongan berkenaan ke tanah air ialah peserta-peserta Brunei DAA1 Dayang Yaniey dan Awang Yadily Yussof DAA2 .
Enam orang wakil Brunei telah dipilih untuk menyertai DAA3 iaitu Awangku Mohd Faiz bin Pengiran Haji Ismail, Awangku Mohd Sahril Qaha’ar bin Pengiran Hashim, Dayang Seri Banun binti Omar, Awang Mohd Hidayatullah bin Mohd Junaini, Ampuan Mohd Fatrullah Hasdillan bin Ampuan Yaakub dan Awang Nazmi Hisyam bin Abdullah.