Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua peserta negara berlepas ke Mekah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Dua peserta negara, Awang Muhammad Mughni bin Haji Mohd Salleh dan Haji Muhammad Bazli Ra’if bin Haji Zulkifli, kelmarin, telah berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam bagi menyertai Pertandingan Hafazan, Tilawah dan Tafsir Al-Quran Antarabangsa Raja Abdul Aziz ke-44 di Mekah Al-Mukarramah, esok hingga 21 Ogos.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Pemangku Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Datin Hajah Umiyati binti Haji Mohd Noor; Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Awang Mohammad Ali Sabri bin Haji Yusof; dan Pemangku Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dayang Rosyanti binti Haji Lamat.

    Turut serta bersama rombongan, tenaga pengajar ITQSHHB, Awang Mohammad Fikri bin Haji Sharbini, selaku jurulatih merangkap pengurus rombongan.

    Peserta negara, Awang Muhammad Mughni merupakan Pelajar Tahun 3 Diploma Aliah Qira’at, ITQSHHB dan semasa pertandingan itu, akan mengikuti Pertandingan Menghafaz Al-Quran Kategori 15 Juzuk Al-Quran.

    Manakala Haji Muhammad Bazli Ra’if merupakan lepasan pelajar Diploma ‘Aliah Qira’at, ITQSHHB pula akan mengikuti Kategori Menghafaz 30 Juzuk Al-Quran.

    Rombongan dijangka balik dan sampai ke Negara Brunei Darussalam pada 23 Ogos.

    Datin Hajah Umiyati hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar kepada rombongan negara. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda