Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua remaja mati ditembak

    ATLANTA, 18 DIS – Dua remaja lelaki ditembak mati dan tiga budak di bawah umur cedera dalam kejadian tembakan di sebuah kompleks pangsapuri Atlanta semalam yang menurut polis berpunca daripada pertengkaran dalam talian.

    Pegawai dipanggil ke kompleks di barat daya bandar sejurus selepas 5 petang. Dua mangsa disahkan mati di tempat kejadian, dan mangsa lain dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

    Penolong Ketua Polis, Charles Hampton Jr memberitahu wartawan mangsa yang terbunuh ialah dua budak lelaki, berusia 14 dan 16 tahun, dan mangsa cedera adalah dua budak lelaki berusia 11 dan 15 tahun dan seorang budak perempuan berusia 15 tahun.

    “Kami tahu timbulnya pertengkaran di media sosial yang membawa kepada kejadian tembakan,” kata Hampton. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda