Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua remaja maut kereta rempuh pokok

    SYDNEY, 6 NOV – Dua penumpang remaja terbunuh di Sydney, Australia hari ini selepas kereta mereka merempuh pokok dan tiang elektrik.

    Pada kira-kira jam 10:50 pagi waktu tempatan, perkhidmatan kecemasan dipanggil ke Maxwells Avenue di Ashcroft, pinggir bandar di barat daya Sydney.

    Polis diberitahu bahawa sebuah kereta sedan Ford Falcon kelabu melanggar pokok dan tiang elektrik sebelum dua orang keluar dari kenderaan dan melarikan diri.

    Dua budak lelaki di tempat duduk belakang meninggal di tempat kejadian. Mereka belum dikenal pasti secara rasmi, tetapi kedua-duanya dipercayai berumur antara 10 dan 15 tahun.

    Dalam satu sidang akhbar, Pembantu Pesuruhjaya Polis Wilayah New South Wales (NSW), Brett McFadden, menjelaskan bahawa kenderaan tersebut bergerak dengan kelajuan ‘melebihi had 50 kilometer sejam’.

    Gambar Freepik

    “Kenderaan itu kehilangan kawalan dan melanggar tiang telegraf, menyebabkan kereta terbelah dua.

    Malangnya, kami percaya dua lelaki yang duduk di bahagian belakang kenderaan, berumur antara 10 dan 15 tahun, telah tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” ujar pegawai itu.

    Selepas kemalangan itu, pemandu dan penumpang di tempat duduk hadapan melarikan diri dari tempat kejadian dan beberapa pasukan, termasuk bahagian penerbangan dan pasukan anjing, sedang meancarkan usaha berterusan untuk mengenal pasti mereka.

    McFadden berkata,polis sedang mencari dua ‘lelaki muda’ yang umur dan butiran lanjut mereka masih perlu dipastikan.

    Data dari kerajaan NSW menunjukkan bahawa sehingga kelmarin, kemalangan jalan raya di negeri itu telah membunuh 299 orang pada tahun ini, manakala jumlah kematian pada tempoh yang sama tahun lalu adalah 234. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda