Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua saintis terima anugerah tertinggi teknologi sains China

    BEIJING, 24 JUN – Pakar fotogrametri dan sensor kawalan jauh, Li Deren serta ahli fizik jirim, Xue Qikun telah memenangi anugerah tertinggi teknologi sains China bagi tahun 2023, hari ini.

    Salah seorang saintis yang menerima anugerah tersebut, Li, telah banyak mendedikasikan hidupnya terhadap kerjaya demi mengembangmajukan China dalam kajian dan sensor kawalan jauh untuk pemerhatian bumi.

    Beliau terkenal dengan pengetahuannya yang mendalam mengenai teknologi teras pemetaan dan kedudukan global berketepatan tinggi melalui sensor kawalan jauh satelit.

    Li juga berjaya menyelesaikan masalah pemprosesan berketepatan tinggi imej satelit sensor kawalan jauh, dan telah memimpin pasukannya membangunkan sistem pengukuran udara dan darat automatik berketepatan tinggi sepenuhnya, menyumbang kepada pembangunan sistem pemerhatian bumi berketepatan tinggi dan resolusi tinggi di China.

    Sementara itu, Xue pula seorang saintis terkemuka dalam bidang fizik jirim yang telah mencatat pelbagai pencapaian saintifik.

    Pasukannya berjaya membuat pemerhatian eksperimental pertama terhadap kesan anomali kuantum Hall. Mereka juga menemui superkonduktiviti suhu tinggi pada sistem heterostruktur, membuka hala tuju baharu penyelidikan dalam bidang superkonduktiviti suhu tinggi. – Xinhua

    Xue semasa mengendalikan peranti eksperimen di makmal Universiti Tsinghua di Beijing. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda