Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua sajian di lima tempat akan disediakan buat pelajar

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Keselamatan dan kesejahteraan para pelajar terutama mereka yang terlibat dalam acara Sambutan Hari Kebangsaan ke-40 pada 24 Februari nanti menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan.

              Dari sudut makanan dan penyediaan minuman, dua sajian makanan akan disediakan untuk pelajar yang pertama ialah sajian sarapan pagi iaitu sebelum acara dimulakan dan yang kedua sajian tengah hari iaitu selepas acara.

     

    Awang Aliuddin mengongsikan lima tempat jamuan akan disediakan untuk pelajar yang terlibat dalam acara sambutan HK-40. – GAMBAR ADIB NOOR

          Perkara itu telah dikongsikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman semasa sidang media, hari ini, mengenai persediaan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 (HK-40), tahun ini.

              Awang Aliuddin semasa sidang media yang berlangsung di Kementerian, Kebudayaan Belia dan Sukan, telah mengongsikan sebanyak lima tempat jamuan telah disediakan untuk acara sambutan tersebut.

              Lokasi yang disediakan ialah Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Stadium Tertutup, Dewan Serba Guna (MPH), Dewan Muhibbah di Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan Dewan Bomba, Berakas.

              Jamuan untuk pelajar diberikan secara berhidang, jelasnya dan itu adalah bagi memastikan kualiti makanan yang dibekalkan nanti.

              Di samping itu, pihak jawatankuasa juga telah melantik pembekal yang dapat membekalkan makanan dan minuman mengikut piawaian yang ditetapkan.

              “Seperti jawatankuasa lain, pihak jawatankuasa juga akan mengaturkan pegawai-pegawai bertugas termasuk guru-guru pengawas dalam memastikan pengendalian jamuan dapat dilaksanakan dengan lancar,” jelasnya.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda