Thursday, October 3, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua sampel harimau mati di Vietnam positif virus H5N1

    HANOI, 3 OKT – Dua sampel yang diambil daripada bangkai harimau di selatan Vietnam disahkan positif virus selesema burung H5N1, menurut laporan media tempatan.

    Sejak awal September, sebanyak 20 ekor harimau dan seekor harimau bintang dilaporkan mati di kawasan eko-pelancongan Mango Garden, di wilayah Dong Nai.

    Haiwan-haiwan berkenaan enggan makan, menunjukkan tanda keletihan dan demam selepas memakan daging ayam serta kepala ayam yang dibekalkan oleh sebuah syarikat tempatan, lapor Vietnam News Agency.

    Ketua Jabatan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit di Pusat Kawalan Penyakit Dong Nai, Phan Van Phuc, berkata kemungkinan besar harimau-harimau tersebut dijangkiti virus H5N1 daripada daging ayam yang tercemar.

    “Pihak berkuasa kini sedang menjejaki sumber ayam yang tercemar untuk mengenal pasti punca jangkitan,” katanya.

    Kawasan zoo tersebut telah disanitasi dan zon harimau diasingkan bagi mengelakkan penularan lanjut, lapor VnExpress.

    Pihak berkuasa juga telah mengarahkan resort berkenaan untuk mengehadkan kemasukan pelawat dan memantau kesihatan 30 individu yang mempunyai kontak rapat dengan haiwan yang dijangkiti. – Xinhua

    Gambar freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda