Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Dua subvarian Omicron cetus lonjakan kes di AS

    LOS ANGELES, 8 JUN – Jumlah kes membabitkan dua subvarian Omicron baharu semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS), menambah kebimbangan pakar kesihatan sama ada ia boleh mencetuskan lonjakan kes COVID ketika musim panas, lapor Xinhua.

    Subvarian dikenali sebagai BA.4 dan BA.5, menyumbang hampir 13 peratus daripada kes baharu COVID setakat 4 Jun, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS kelmarin.

    Menurut CDC, kedua-dua subvarian itu mewakili peratusan kes tertinggi di Texas, New Mexico, Oklahoma, Arkansas dan Louisiana.

    Sementara itu satu lagi subvarian BA.2.12.1, yang kekal dominan di Los Angeles menyumbang 62.2 peratus daripada keseluruhan kes baharu.

    Berikutan hal itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menambah varian BA.4 dan BA.5 ke dalam senarai varian dalam pemantauan pada Mac dan dikategorikan sebagai varian membimbangkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...