Friday, October 18, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua suspek ditahan, minuman keras dirampas

    Oleh Yusrin Junaidi

    TEMBURONG, 18 OKT – Dua suspek berjaya ditahan bersama 240 tin dan 84 botol minuman keras pelbagai jenis di dalam sebuah kenderaan yang dipercayai telah diseludup dari negara jiran semasa operasi pencegahan jenayah di Daerah Temburong.

    Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), operasi yang dilaksanakan oleh Pasukan Polis Simpanan ‘C’ Kompeni (Polis Hutan) itu telah dijalankan di satu kawasan perhutanan Daerah Temburong yang dipercayai digunakan sebagai pusat pemunggahan dan pengedaran barang tegahan.

    Semasa operasi, pasukan polis hutan turut menemui peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah di dalam kenderaan tersebut.

    Kes berkenaan seterusnya dilaporkan ke Balai Polis Bangar untuk penyerahan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei dan Biro Kawalan Narkotik bagi tindakan selanjutnya.

    Dalam pada itu, PPDB menggesa orang ramai supaya tidak terlibat dalam aktiviti yang melanggar undang-undang negara kerana ianya hanya akan membawa akibat buruk kepada diri sendiri dan keluarga.

    PPDB komited untuk terus mengambil langkah aktif bagi membanteras dan menghapuskan kegiatan penyeludupan barangan tegahan.

    Dua suspek yang berjaya ditahan oleh pihak berkuasa semasa operasi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda