Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua syarikat buang sampah dikompaun

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    TUTONG, 23 OGOS – Dua buah syarikat dikenakan kompaun oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong (JDT) setelah didapati melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 kerana membuang sampah di merata tempat di kawasan tapak projek di tempat awam.

    Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan JDT dalam kenyataannya yang dikeluarkan hari ini mengatakan bahawa sebuah syarikat telah dikenakan denda $500 manakala sebuah syarikat lagi telah dikenakan denda $2,000 yang masing-masing terletak di Kampung Sengkarai, Tutong.

    Syarikat-syarikat tersebut dikenakan denda di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 dan dikehendaki menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.

    Jika gagal membayar denda dalam masa tujuh hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan maka syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah.

    ATAS & BAWAH : Sampah sarap yang dibuang merata tempat di kawasan tapak projek di tempat awam yang dikesan oleh pegawai penguat kuasa. – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong
    Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda