Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua syarikat di kompaun kerana cemari alam sekitar

    Oleh Sim Y. H. 

    TUTONG, 12 OKT – Dua buah syarikat telah dikenakan kompaun oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong kerana didapati melanggar Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian 2021 (Penggal 30), iaitu melonggokan dan membuang sampah di sekitar kawasan pembinaan dan membuat pembakaran terbuka di tempat awam.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Daerah Tutong, di sini, menyatakan hasil daripada pemeriksaan dan rodaan, Unit Penguatkuasaan, Jabatan berkenaan telah mengeluarkan kompaun terhadap 2 buah syarikat kerajaan kerana didapati melanggar Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Penggal 30) di mana syarikat-syarikat berkenaan, masing-masing telah dikenakan denda kompaun sebanyak $2,000.00 di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian 2021 dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam masa 7 hari.

    Jika gagal membayar denda berkenaan dalam masa 7 hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan maka individu itu boleh dihadapkan ke mahkamah.

    Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $2,000.00 dan tidak melebihi $10,000.00 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $10,000.00 dan tidak melebihi $30,000.00, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Jabatan berkenaan menyarankan kepada orang ramai dan masyarakat umum untuk memberikan kerjasama dan seharusnya peka mengenai kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Penggal 30).

    Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis perniagaan supaya sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan, menumpahkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah-sarap di tempat awam.

    Gambar atas & bawah menunjukkan sampah yang didapati dibuang di sekitar kawasan pembinaan dan membuat pembakaran terbuka di tempat awam oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong. – GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG
    GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda