Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua syarikat dikenakan kompaun

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 19 DIS – Dua buah syarikat di Daerah Tutong masing-masing telah dikenakan kompaun $200 oleh Jabatan Daerah Tutong kerana melonggokkan sampah di tempat awam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Daerah Tutong, hari ini, Azmee Enterprise di Jalan Layong, Kampung Lamunin; dan Sabka Restaurant & Catering Service di Kampung Lamunin melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021.

    Kedua-dua syarikat tersebut dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.

    Jika gagal membayar denda tersebut, pihak syarikat boleh dihadapkan ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000.

    Manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000, atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Sehubungan itu, Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis-premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap.

    Longgokan sampah di tempat awam telah dikesan oleh penguat kuasa Jabatan Daerah Tutong. – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda