Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua syarikat dikenakan kompaun

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) telah mengeluarkan dua denda kompaun ke atas dua buah syarikat kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Bab 12 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Pindaan 2021) semasa menjalankan operasi di kawasan Mukim Pengkalan Batu, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JDBM, sebuah syarikat telah dikenakan kompaun sebanyak $2,000 manakala sebuah lagi dikompaun $500.

    Sehubungan itu, adalah diingatkan kepada pemilik atau pengurus syarikat dan individu agar tidak mengambil ringan terhadap kesalahan-kesalahan yang telah dikenakan tindakan dan diarahkan untuk menjelaskan denda kompaun dengan segera serta membersihkan kawasan yang telah dijadikan tempat pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang.

    Jika gagal, kes akan dibawa ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Pindaan 2021) iaitu jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tidak melebihi $3,000 bagi individu, manakala bagi syarikat tidak melebihi $30,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

     GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda