Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua syarikat dikompaun $2,000

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 15 JUN – Dua buah syarikat telah dikenakan denda kompaun berjumlah $2,000 oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria kerana melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 2021, kelmarin.

    Sebuah syarikat dikenakan denda $1,000 kerana melupuskan tempurung kelapa yang dibakar di premis awam di Jalan Panglima, Kuala Belait, manakala itu, sebuah lagi syarikat dikenakan denda $1,000 kerana membuang bahan binaan terpakai di premis awam yang merangkumi papan gypsum, rangka besi dan bata pecah yang digunakan dalam pengubahsuaian kedai.

    Kedua-dua syarikat diberi masa tujuh hari untuk menyelesaikan denda dan jika gagal akan menyebabkan syarikat itu dihadapkan ke mahkamah.

    Jika didapati bersalah, syarikat berkenaan boleh berdepan denda antara $2,000 dan $10,000 bagi kesalahan pertama, manakala itu kesalahan kedua atau seterusnya, boleh dikenakan denda antara $10,000 dan $30,000, penjara tidak melebihi 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

    Bahagian itu mengingatkan orang ramai, syarikat dan pemilik perniagaan supaya menjaga kebersihan alam sekitar terutama di kawasan aktiviti perniagaan serta kawasan awam.

    Bahan pembinaan dibuang di salah satu premis awam.
    Sabut kelapa bakar kelihatan dibuang di tempat awam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda