Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua syarikat hulur sumbangan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat untuk membantu kerajaan Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama menangani penularan wabak COVID di Brunei, pelbagai pihak termasuk syarikat swasta tampil ke hadapan untuk menghulurkan sumbangan barangan keperluan kepada Kementerian Kesihatan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, dua buah syarikat telah menghulurkan sumbangan pada hari ini.

    Penderma-penderma berkenaan ialah Low San Hardware and The Tool Box serta Mega Trading Marketing dengan sumbangan diterima bagi pihak Kementerian Kesihatan oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Haji Kamarul Azam bin Haji Mohammad, dalam majlis penyampaian sumbangan yang berlangsung di Kementerian Kesihatan.

    Sementara itu, Low San Hardware and The Tool Box telah menyumbangkan sebanyak 10,000 kit ujian ART, pelindung muka dan disposable head and shoes cap yang disampaikan oleh pemilik Low San Hardware, Ong Tiong Oh.

    Turut hadir sama semasa penyampaian tersebut ialah isterinya, Tan Bee Choo dan Pengarah Urusan Low San Hardware, Matthew Stefan Bond.

    Manakala itu, Mega Trading Marketing pula menyumbangkan sebanyak 10,000 kit ujian ART Lituo dengan sumbangan disampaikan oleh Pengurus Besar Mega Trading, Lo Wan Yee.

    Haji Kamarul Azam (tiga, kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ong Tiong Oh (tiga, kiri) pada majlis penyampaian sumbangan derma yang berlangsung di Kementerian Kesihatan.
    Haji Kamarul Azam (kanan) menerima sumbangan daripada Lo Wan Yee pada majlis yang berlangsung di Kementerian Kesihatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda