Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua syarikat kena kompaun kerana papan tanda perniagaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Dua buah syarikat di Daerah Brunei dan Muara telah dikeluarkan kompaun atas kesalahan di bawah Peraturan 12, Peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda) 2016, hari ini.

    Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan, sebuah syarikat telah dikenakan denda kompaun $1,000 atas kesalahan memaparkan papan tanda perniagaan tanpa kebenaran, di sebuah unit, Tingkat Bawah, Bangunan Delima Square, Jalan Muara.

    Manakala itu, sebuah lagi butik dikenakan kompaun $500 kerana memaparkan papan tanda perniagaan tanpa kebenaran, di sebuah unit kedai, Tingkat Bawah, Bangunan Abdul Razak Complex, The Mall, Gadong.

    Dalam perkara berkenaan, kedua-dua syarikat diberikan tempoh selama 14 hari untuk menjelaskan denda kompaun berkenaan. Sehubungan itu, ABCi mengingatkan orang ramai untuk memastikan syarikat pengiklanan yang dilantik mempunyai pendaftaran yang sah.

    Selain itu, mana-mana papan tanda perniagaan atau papan-papan iklan yang dipaparkan di luar kawasan premis perniagaan hendaklah mendapatkan kebenaran mengikut Peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda) 2016.

    Pihak penguatkuasa bahagian kawalan mengeluarkan kompaun kepada salah sebuah syarikat. – Gambar serahan ABCi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda