Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua syarikat, lima individu dikenakan kompaun

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) telah mengeluarkan denda kompaun sebanyak $3,000 ke atas beberapa syarikat dan individu yang didapati melakukan kesalahan membuang sampah secara sembarangan, mengikut peruntukan Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30).

    Sebuah syarikat yang telah dikenakan denda sebanyak $500 pada 24 Julai lalu di bawah Bab 12(1)(a) atas kesalahan melonggokkan sampah di tanah lapang premisnya di Kampung Sabun.

    Sementara itu, sebuah lagi dikenakan kompaun sebanyak $2,000 pada 28 Julai di bawah Bab 12(1)(f), setelah didapati melonggokkan sisa bahan binaan di luar kawasan pembinaan di Kampong Tagap.

    Dalam tempoh 2 Ogos hingga kelmarin, lima individu warga asing turut dikenakan kompaun sebanyak $100 setiap seorang kerana membuang sampah di kawasan Pantai Jerudong, menjadikan jumlah kompaun keseluruhan kepada $3,000.

    Lima individu yang telah dikenakan denda kompaun atas sebab melanggar peraturan di bawah Bab 12(1)(a) adalah tiga warganegara Filipina, Roselyn Delos Poyos Alagon, John Phol Caliboso Alagon Arman Dimaporo Jappalul dan dua orang warganegara Indonesia, Sholeh dan Wahyu Setiawan.

    Jabatan menegaskan bahawa semua pihak yang dikenakan tindakan perlu menjelaskan bayaran kompaun dalam masa tujuh hari.

    Sekiranya gagal, kes akan dibawa ke mahkamah, di mana sabit kesalahan boleh membawa denda sehingga $9,000 bagi individu dan sehingga $30,000 bagi syarikat atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Orang ramai diseru untuk bekerjasama dalam menjaga kebersihan persekitaran dengan melaporkan sebarang kegiatan pembuangan sampah haram melalui pesanan WhatsApp ke talian 8321581, lengkap dengan alamat lokasi dan gambar sebagai bukti.

    Antara kesalahan yang dikenakan denda kompaun. – GAMBAR SERAHAN JDBM
    GAMBAR SERAHAN JDBM
    GAMBAR SERAHAN JDBM
    GAMBAR SERAHAN JDBM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda