KUCHING, 24 MAC – Polis berjaya memberkas semula dua tahanan sah yang lari dari Mahkamah Kuching pada 7 Mac lepas, semalam. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata tahanan pertama berjaya ditahan pada pukul 12:30 pagi manakala seorang lagi tahanan pada pukul 3:25 petang, di kawasan Kota Samarahan pada hari yang sama.