KUDAT, 30 MAC – Dua taman marin di Sabah iaitu Teluk Darvel di Lahad Datu dan Taman Marin Terumbu Mantanani di Kota Belud, sedang dalam proses untuk diwartakan bagi melindungi biodiversiti marin di kawasan perairan negeri itu.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata pada masa ini terdapat enam taman marin di negeri itu yang diurus agensi pemuliharaan alam sekitar kerajaan negeri Taman-taman Sabah (TTS), dan kerajaan sedang dalam proses untuk menambah beberapa kawasan taman marin baharu.
“Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) komited memastikan biodiversiti marin khususnya memastikan ekosistem habitat terumbu karang terpelihara, keselamatan makanan, sara hidup mampan dan pembangunan ekopelancongannya.” – Bernama