Dua taman tema Disney ditutup hingga 15 Mac

TOKYO, 28 FEB – Pengendali dua resort Disney, Disneyland dan DisneySea, mengumumkan dua taman temanya itu akan ditutup dua minggu berikutan kebimbangan penularan COVID-19.

Menurut kenyataannya hari ini, penutupan itu susulan gesaan kerajaan supaya langkah-langkah mengekang penularan virus dipertingkatkan.

“Disneyland dan DisneySea yang terletak di Tokyo akan ditutup mulai esok hingga 15 Mac depan.

“Ini berikutan kita bimbang penularan koronavirus baharu itu dan kerajaan juga turut menggesa langkah sama dilaksanakan,” katanya.

Pengendalinya, Oriental Land berkata pihaknya berharap kedua-dua taman tema itu akan dibuka semula pada 16 Mac. – AFP