Tuesday, April 1, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua tan kokain ditemui terapung di Sicily

    ROM, 17 APRIL – Kokain yang bernilai lebih 400 juta euro telah ditemui terapung di Sicily dalam bungkusan yang mungkin ditinggalkan oleh sebuah kapal kargo untuk dibawa oleh penyeludup ke darat, kata polis Itali, hari ini.

    Dalam salah satu rampasan dadah terbesar yang pernah dibuat di Itali, polis telah menahan 70 bungkusan, yang diikat bersama dan mengandungi kira-kira dua tan (2,000 kilogram) kokain, di luar pantai timur Sicily.

    Bungkusan itu, terdiri daripada kira-kira 1,600 ketul dadah, dan mempunyai alat pengesan, telah dikesan oleh pesawat pengawasan tentera laut, kata polis.

    Kokain itu “kemungkinan ditinggalkan di laut oleh salah satu kapal kargo yang sering melalui pantai itu, kemudiannya ditemui dan diangkut ke darat,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda