SIBU, 12 JUN – Dua tapak di Kuala Rajang di bahagian tengah Sarawak telah dikenal pasti untuk perluasan projek pembiakan mikroalga di negeri itu, kata Timbalan Menteri
Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh.
Beliau berkata tapak projek di Selalang dan Hab Halal Tanjung Manis itu akan dibangunkan secepat mungkin dan dijangka dapat memberikan manfaat besar kepada ekonomi penduduk setempat.
“(Buat permulaan) di Selalang dan di Hab Halal Tanjung Manis akan dibangunkan 100 hektar dahulu dan kemudiannya dibesarkan sehingga 2,000 hektar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena sambutan 50 tahun Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) di sini malam tadi. – Bernama