Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua telur biawak perentie pertama menetas di Zoo LA

    LOS ANGELES, 20 DIS – Dua anak biawak telah menetas di Zoo Los Angeles (LA), merupakan spesies pertama yang membiak di tempat tersebut, kata pegawai zoo kelmarin.
     
    Biawak perentie, atau Varanus giganteus, berasal dari Australia dan merupakan salah seekor biawak terbesar di dunia, lebih kecil dari Komodo Dragon dan beberapa spesies yang lain.
     
    “Ia amat memuaskan hati pasukan kami yang telah memperoleh kejayaan membiakkan spesies ini,” kata kurator zoo, Byron Wusstig dalam satu kenyataan. “Spesies ini tidak terancam, tetapi ia jarang dilihat di persekitaran zoo di luar Australia,” tambahnya.
     
    Zoo LA adalah satu daripada tiga institusi yang diiktiraf oleh Persatuan Zoo dan Akuarium yang telah berjaya membiakkannya semula, kata Wusstig.
     
    Pegawai zoo berkata anak biawak itu sihat, makan dan dipantau dengan teliti oleh kakitangan. Ia akan dibesarkan dalam persekitaran terkawal pada peringkat awal kehidupannya. Pengunjung juga boleh melihat bapa biawak di zoo Australia menerusi habitat Komodo Dragon.
     
    Biawak perentie dewasa boleh mencapai lebih 2.4 meter panjang dan berat lebih daripada 18 kilogram, kata zoo itu. Ia mempunyai kulit berrwarna coklat dengan tanda krim atau kuning. Spesies karnivor itu memakan telur penyu, serangga, burung, reptilia, mamalia kecil dan marsupial serta menelan seluruh mangsanya. – AP
     
    Gambar menunjukkan biawak perentie menetas pada 2 Disember di Zoo Los Angeles ketika zoo itu meraikan kejayaan pembiakannya. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda