Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua tenaga pengajar sertai kursus bahasa Arab

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Dua orang tenaga pengajar sekolah Arab hari ini berlepas ke Kesultanan Oman bagi mengikuti Program Kursus Bahasa Arab untuk Pengajaran bagi Tenaga Pengajar Bukan Penutur Bahasa Arab selama lapan minggu di Kolej Sultan Qaboos, Kesultanan Oman mulai 8 September hingga 31 Oktober nanti.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengu-capkan selamat belayar kepada delegasi ialah Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Shamshol bin Haji Omar.

    Turut hadir penolong-penolong pengarah dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, Guru Besar Sekolah Persediaan Arab serta ahli keluarga tenaga pengajar berkenaan.

    Program Kursus Bahasa Arab yang ditaja secara separa oleh Kolej Sultan Qaboos, Kesultanan Oman itu merupakan salah satu usaha kerjasama yang sedia terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Kesultanan Oman dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Arab di persekolahan Arab di samping memperkasa penggunaan kaedah dialog dengan berkesan dalam pengajaran di samping memupuk pembelajaran interaktif.

    Program berkenaan juga menumpukan kepada pertukaran sosiobudaya selain berpeluang menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman dengan mengikuti sesi pembelajaran dan aktiviti kokurikulum bersama tenaga pengajar dari negara berkenaan.

    Haji Shamshol bersama tenaga pengajian sekolah Arab bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda