Monday, December 23, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua tentera India maut berbalas tembakan

    SRINAGAR, 1 JAN – Dua tentera India terbunuh selepas berbalas tembakan dengan militan di sepanjang sempadan yang membahagikan wilayah Kashmir antara Pakistan dan India.

    Agensi berita India, Press Trust memetik seorang pegawai berkata, dua anggota terbunuh semasa sedang melakukan operasi memintas perisik Pakistan yang cuba menyeberangi sempadan ke India. Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Devender Anand berkata, operasi masih dijalankan di sempadan terbabit. Pemberontakan bersenjata terhadap pemerintahan India berlangsung sejak beberapa dekad hingga mengorbankan ribuan orang awam. New Delhi menuduh Pakistan mengendali dan melatih pemberontak anti-India dan menghantar mereka merentasi sempadan untuk melancarkan serangan ke atas tentera India.

    Bagaimanapun, Islamabad menafikan tuduhan itu dan menyatakan mereka hanya menyediakan sokongan diplomatik untuk menyokong penduduk Kashmir bagi menentukan nasib mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda