Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Dua terbunuh dalam kemalangan di Sindh, Pakistan

    ISLAMABAD, 26 JAN – Sekurang-kurangnya dua maut termasuk seorang kanak-kanak dan 12 lagi cedera selepas sebuah van dinaiki mereka terbalik di wilayah Sindh selatan Pakistan, lapor Xinhua.

    Menurut laporan media tempatan hari ini, kemalangan berlaku akibat tayar van meletup di lebuh raya di bandar Sehwan.

    Mangsa kemalangan yang lain telah dikejarkan ke hospital berdekatan, kata polis kepada media tempatan.

    Kenderaan malang itu dipercayai dalam perjalanan dari Mehar Taluka di daerah Dadu menuju bandar Hyderabad, menurut laporan. Kemalangan jalan raya kerap berlaku di Pakistan, terutamanya disebabkan oleh kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik, jalan rosak, dan kecuaian terhadap keselamatan jalan raya.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...