KOLKATA, 30 Mac – Kira-kira dua orang maut dalam kejadian kebakaran di sebuah hotel di selatan Kolkata awal hari ini, menurut polis.
Anup Agarwal dan Jugalkishore G upta, tetamu di hotel itu, dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan serius dalam kebakaran itu tetapi tidak dapat diselamatkan.
Kebakaran berlaku sekitar pukul 3 pagi, menurut pegawai kanan polis itu, dengan menambah kata sehingga 30 orang, termasuklah kakitangan hotel, telah berjaya diselamatkan.
Sembilan buah kereta bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa tiga jam untuk memadamkan api kebakaran.
Para anggota bomba dan kakitangan pengurusan bencana terpaksa membuka kaca jendela hotel untuk mengeluarkan asap tebal, menurut para pegawai, dengan menambah kata kebakaran mungkin merebak dari dapur hingga ke tingkat bawah.

Beberapa dari mereka diselamatkan dengan menggunakan tangga manakala yang lain dipandu luar hotel oleh para pekerja penyelamat, menurutnya lagi.
“Kebakaran telah dapat dikawal sepenuhnya dan kami memastikan tidak ada api kecil,” ujarnya. – NNN