Friday, September 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua terkorban dalam kebakaran hutan di Brazil

    SAO PAULO, 25 OGOS – Kebakaran hutan di selatan Brazil, Sao Paulo telah mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang, kata pegawai kelmarin, manakala sekitar 36 buah bandar telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

    Pihak berkuasa tempatan dan persekutuan sedang meningkatkan usaha untuk mengawal kebakaran, kata Gabenor negeri Sao Paulo, Tarcisio de Freitas.

    Kebakaran telah merebak di wilayah luar bandar Sao Paulo, salah satu bandar paling ramai penduduk di Amerika Latin dengan lebih 11 juta penduduk.

    Sekurang-kurangnya 7,300 pekerja kerajaan dan sukarelawan telah dikerahkan di seluruh negeri untuk ‘membendung kemaraan dan memadamkan kebakaran ini’, kata de Freitas kepada wartawan.

    De Freitas turut memberikan amaran bahawa api, yang didorong oleh gelombang haba dan kemarau, mungkin ditiup oleh angin kencang.

    Walaupun bandar itu sebahagian besarnya tidak terjejas oleh kebakaran, video di media sosial menunjukkan langit di kawasan luar bandar itu dipenuhi asap dan pokok terbakar di sepanjang lebuh raya.

    Kerajaan berkata bahawa di bandar Urupes, dua kakitangan yang bekerja di sebuah kilang perindustrian meninggal dunia pada Jumaat ketika cuba memadamkan kebakaran, tetapi tidak memberikan butiran lanjut. – AP

    Anggota bomba berusaha memadam kebakaran di lebuh raya SP-215 di Sao Carlos, negeri Sao Paulo, Brazil pada 23 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda