MINGGU lalu, Xiaomi telah melancarkan Mi 8 Youth Edition dan Mi 8 Screen Fingerprint Edition pada satu acara di China.
Mi 8 Youth Edition merupakan versi lebih murah bagi telefon pintar kemegahan Mi 8 dengan SoC Snapdragon 660, tetapan kamera belakang yang dikurangkan dan hampir separuh daripada harga model asal.
Mi 8 Screen Fingerprint Edition pula serupa dengan Mi 8 daripada segi spesifikasi tetapi mempunyai sensor cap jari sensitif tekanan dalam paparan berbanding menggunakan sensor cap jari belakang pada peranti asal.
Secara terperinci, peranti dual-SIM esidis Youth menggunakan MIUI berasaskan Android dan menampilkan panel LCD 6.26 inci dengan takuk. Ia dikuasakan SoC Qualcomm Snapdragon 660 AIE yang dipadankan dengan RAM 4GB atau 6GB dan storan dalaman 64GB atau 128GB.
Daripada segi optik, edisi Youth menampilkan dua kamera belakang dengan sensor utama 12MP dan sensor kedua 5MP, dipadankan dengan apertur f/1.9, keupayaan-keupayaan AI.

Ia disokong bateri 3,350mAh dengan sokongan bagi Qualcomm Quick Charge 3.0. Telefon pintar ini didatangkan dengan Face Unlock pada kamera depan dan sensor cap jari di belakang. Selain itu terdapat sokongan bagi Bluetooth v5.0.
Sementara itu, Xiaomi Mi 8 Screen Fingerprint Edition pula menampilkan sensor cap jari dalam paparan berbanding sensor fizikal di belakang pada Mi 8.
Selain itu, ia juga terdapat dalam pilihan panel belakang lutsinar seperti Mi 8 Explorer Edition serta panel biasa dengan skim warna gradien.
Spesifikasi lain kekal sama termasuk SoC Snapdragon 845, storan dalaman sehingga 128GB, dua sensor kamera 12MP di belakang dan dwi frekuensi GPS.