BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Rombongan perwakilan Mabbim Brunei Darussalam bertolak hari ini bagi menghadiri Pertemuan Khas Ketua Mabbim dan Mesyuarat Sekretariat Ke-27 Mabbim, 2025, yang akan berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 September 2025, di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru, Malaysia.
Rombongan diketuai oleh Pemangku Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab selaku Ketua Perwakilan Mabbim Brunei
Darussalam.
Pertemuan Khas Ketua Mabbim dan Mesyuarat Sekretariat Ke-27 Mabbim ini akan
membincangkan dan menindaklanjuti agenda utama dan gerak kerja Mabbim yang telah
disepakati dan dipersetujui dalam Forum Ketua Mabbim Ke-2, 2025 (Sidang Eksekutif Ke-60 Mabbim) yang lalu.


