KUALA LUMPUR, 28 Feb – Dua wanita akan didakwa dengan pembunuhan Kim Jong-Nam, yang dibunuh dengan ejen saraf di lapangan terbang utama Kuala Lumpur, kata peguam negara Malaysia hari ini.
“Mereka akan didakwa di mahkamah di bawah kanun jenayah Seksyen 302 (bunuh),” kata Mohamed Apandi Ali, dua minggu selepas abang tiri pemimpin Korea Utara itu dibunuh.
Tersangka, seorang warga Indonesia dan seorang warga Vietnam akan hadir di mahkamah esok. Jika didapati bersalah, mereka menghadapi hukuman mati dengan gantung.
Dalam gambar CCTV yang bocor, dua wanita dilihat menyapu sesuatu pada muka Kim di Terminal 2 lapangan terbang. Lelaki berusia 45 tahun itu mengalami serangan dan meninggal dunia sebelum beliau sampai ke hospital.
Kedua-dua wanita menegaskan mereka menyangka mereka mengambil bahagian dalam penerbitan satu video gurau senda.
Warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dilaporkan memberitahu diplomat senior pada Sabtu beliau telah dibayar 400 ringgit untuk peranannya, menambah dia percaya dia sedang mengendali sejenis cecair seperti ‘minyak anak damit.’
Warga Vietnam Doan Thi Houng, 28, memberitahu pegawai Hanoi dia telah diperdaya untuk membunuh Kim dan sangka dia sedang mengambil bahagian dalam satu gurau senda untuk video komedi.
Tersangka ketiga, seorang lelaki warga Korea Utara berusia 46 tahun, Ri Jong-Chol, juga ditahan ekoran pembunuhan pada 13 Februari.
Apandi tidak berkata sama ada dia akan didakwa. – AFP