Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua wanita ditahan seludup barang tegahan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Dua orang wanita tempatan berumur 37 dan 29 tahun telah ditahan kerana disyaki menyeludup masuk barang-barang tegahan dalam sebuah kereta melalui jalan tikus di hutan kawasan Junjungan.

    Kedua-dua mereka ditahan oleh Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni Cawangan Brunei dan Muara, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei.

    Mereka menyeludup masuk barangan tegahan menggunakan sebuah kereta ke Negara Brunei Darussalam.

    Dalam tangkapan berkenaan, pihak Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni telah merampas lima karton rokok, 24 tin minuman keras, tujuh botol minuman keras, satu gelen dipercayai minyak Regular dan satu gelen kecil putih juga dipercayai minyak Regular.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tangkapan berserta barang-barang rampasan berkenaan disiasat di bawah Bab 146 Perintah Eksais.

    Jika sabit kesalahan mereka akan didenda tidak kurang daripada enam kali ganda dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai cukai barang-barang yang dirampas.

    Jika gagal membayar denda berkenaan akan dihukum penjara tertakluk kepada perintah mahkamah. Sehubungan itu, pihak Pasukan Polis Diraja Brunei menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan aktiviti penyeludupan serta perkara-perkara yang menyalahi undang-undang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda