Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dua wanita Iban jadikan Islam sebagai pegangan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Dua orang wanita berbangsa Iban telah dilimpahi nur Islam apabila melafazkan Dua Kalimah Syahadah dan menjadikan Islam sebagai agama pegangan mereka.

    Dayang Levenna Mariem anak Levin Juna, 20, telah memeluk Islam pada majlis berlangsung di Masjid Kampung Batu Marang, Mukim Mentiri.

    Beliau telah memilih nama Islamnya Nur Levenna Mariem binti Abdullah Levin Juna.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pengislamannya ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin. Turut hadir ialah Pengarah Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Manakala pada majlis di Bangunan Darul Huda PDI, pagi tadi, Dayang Lewany anak Jelidi, 19, juga telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah.

    Majlis dihadiri oleh Penguasa Dakwah dan Tabligh PDI, Pengiran Norhayati binti Pengiran Haji Kasharan.

    Ia dimulakan dengan lafaz pengislaman Dayang Lewany yang memilih nama islamnya, Nur Lewani binti Jelidi.

    Majlis pengislaman disempurnakan oleh pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah (Pengislaman) dan diserikan dengan laungan Dikir Marhaban.

    Pengiran Norhayati kemudiannya menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu itu sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Dayang Nur Lewani (kiri) dan Dayang Nur Levenna Mariem (kanan) semasa melafazkan Dua Kalimah Syahadah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...