Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua wanita Iran tanpa hijab ditahan

    TEHRAN, 2 APRIL – Pihak berkuasa Iran mengarahkan penahanan dua orang wanita, kata badan kehakiman semalam, selepas video tular menunjukkan mereka diserang oleh seorang lelaki kerana tidak memakai hijab.

    Gambar video yang dikongsi di media sosial di Iran menunjukkan dua pelanggan wanita, yang tidak memakai hijab atau tudung yang diwajibkan, di sebuah kedai diserang oleh seorang lelaki selepas pertengkaran.

    Gambar menunjukkan lelaki itu menuang yogurt daripada baldi ke atas kepala dua wanita itu sebelum ditahan oleh pemilik kedai.

    Pihak berkuasa mengeluarkan waran tangkapan ke atas lelaki itu ‘atas dakwaan melakukan perbuatan menghina dan mengganggu ketenteraman awam,’ lapor laman web badan kehakiman Mizan Online.

    Namun ia menambah waran tangkapan juga dikeluarkan ke atas dua wanita berkenaan kerana ‘melakukan perbuatan terlarang’ dengan menanggalkan tudung mereka.

    “Notis wajar telah dikeluarkan kepada pemilik kedai di mana kejadian berlaku memintanya agar mematuhi prinsip Syariah mengikut peraturan,” tambahnya.

    Semalam, Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengulang gesaan mengesahkan bahawa wanita Iran harus memakai hijab sebagai ‘kewajipan agama.’

    “Hijab merupakan isu perundangan dan pematuhan adalah wajib,” kata beliau. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda