PRAGUE, 20 FEB – Dua wanita telah meninggal dunia selepas insiden serangan pisau di pusat membeli-belah di Republik Czech, kata pihak berkuasa hari ini.
Polis menyatakan mereka menahan seorang suspek yang menikam dua wanita di sebuah kedai yang terletak di bandar Hradec Kralove, kira-kira 100 kilometer timur laut Prague, pada pagi ini.
Mereka pada awalnya menyatakan bahawa kedua-dua wanita terbabit cedera, dengan yang seorang cedera parah, namun kemudian menyatakan kedua-duanya sudah meninggal dunia.
Pihak polis mengatakan tertuduh, seorang warganegara Czech berumur 16 tahun, ditahan oleh polis 10 minit selepas serangan tersebut, satu kilometer dari lokasi kejadian.
Polis melaporkan mereka menemui pisau berdekatan tempat kejadian.
Polis turut menyatakan situasi itu dalam keadaan terkawal dan tidak membahayakan orang awam. – AP
