Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JULAI – Dua rakyat Malaysia telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, kelmarin, atas pertuduhan mengamalkan perubatan atau pembedahan dan menyediakan rawatan muka tanpa lesen.
Liza Toong, 27, mengaku pernah menyediakan perkhidmatan mencipta lesung pipit, tanpa berdaftar sebagai pengamal perubatan, di sebuah hotel di ibu negara pada 18 Mac lalu.
Pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwa Siti Khalillah Hussin terhadap Liza membawa hukuman penjara lima tahun dan denda manakala setiap pertuduhan yang dihadapi oleh Victoria Lorina membawa hukuman denda $10,000 dan lebih bagi kesalahan yang berterusan.
Majistret Kanan Azrimah Abdul Rahman pada masa ini mempertimbangkan hukuman setimpal.
Kedua-dua mereka diwakili peguam dari Tetuan AIP, Leney Andrew Albert dan Abdul Muqtadir Suhaimei.


